Analisis komponen Standard Guru Malaysia ke arah melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia
STANDARD GURU MALAYSIA
Standard Guru Malaysia ini menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru,dan kperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.Dokumen ini disediakan bagi tujuan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,pendidik guru,agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti.
KERANGKA STANDARD GURU MALAYSIA
Standard
S1:Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri,profesion dan sosial yang patut ada pada seseorang guru itu.
S2:Pengetahuan dan Kefahaman
Memperincikan kompetensi pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan,ilmu pendidikan,kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.
S3:Kemahiran Pengajaran dan Pengetahuan
Memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pengetahuan yang patut dikuasai oleh seseorang guru.
Keperluan
K1:Memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.
K2:Memperincikan program latihan,sistem pemantauan, pentaksiran dan penilaian.
K3:Mmemperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah,institusi pendidikan tinggi, dan badan bukan kerajaan.
K4:Memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran,informasi dan komunikasi bagi mengoptimumkan kecekapan dan keberkesanan program latihan.
K5:Memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaa dasar,strategi,prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.
Berdasarkan komponen Standard Guru Malaysia di atas,kita dapat melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia.
Hal ini kerana,berdasarkan pada standard pertama iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan dimana ia merujuk kepada domain diri,profesion dan sosial. Domain diri ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru itu sebagai contoh nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, berilmu, kasih sayang dan juga amanah. Ianya patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Selain itu, domain profesion merujuk kepada nilai yang patut diamalkan oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional.Antara nilai yang dirujuk ialah kecintaan terhadap profesion, kreatif dan inovatif, dan berketerampilan.
Akhir sekali, domain sosial diaman nilai-nilai utama yang patut diamalkan ialah kemahiran sosial, semangat bermasyarakat dan patriotisme.
Seterusnya berdasarkan standard kedua guru yang memiliki dan menguasai ilmu dengan baik dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap.Antara pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru ialah kandungan mata pelajaran yang diajar.Sebagai guru,semestinya perlu menguasai kandungan mata pelajaran dengan lebih mendalam.Selain itu,kaedah pentaksiran dan penilaian unutk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.
Standard ketiga pula ialah kemahiran pengajaran dan pembelajaran.Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan ,pelaksanaan dan penilaian pengajaran. Antara kemahiran yang perlu ada pada guru ialah kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik. Selain itu ,kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi juga amat penting pada abad-21 ini.
Kesimpulannya, hal ini dapat menunjukkan bahawa jika seseorang guru itu mempunyai nilai-nilai yang telah dihuraiakan,mereka akan menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Selain itu juga, mereka dapat mendidik anak-anak murid dengan lebih berkesan jika mereka menguasai kandungan mata pelajaran yang diajar dan pelbagai kemahiran yang telah dihuraikan diatas. Ditambah pula dengan adanya lima keperluan yang terdapat dalam Standard Guru Malaysia itu akan dapat menghasilkan guru Malaysia yang bertaraf dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan